Monday, January 23, 2012

aku blogger 12malam

3:12am-
sambil main game fashion world dekat fb aku berfikir ape benda yang aku nak muatkan dkat dalam blog nie... tiba2 datang satu idea. aku nak jadikan blog ni untuk cerita2 seram. sebab... bila baca blog ini lepas 12malam baru teruja....
3:30am-
agak melampau dekat pukul 4 aku masih tak tidur. ni semua gara-gara esok masih cuti, balas dendam main game sampai tak ingat nak tidur. lepas dah set up fashion world, aku jenguk pulak ke sim sosial.
3:50am-
tuuuhhaaaa...... finallyyy.... tanda-tanda nak tido dah sampai... good night.. esok jumpa lagi!!!

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita


1.Dunia ini ialah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasanialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat
Muslim).

2.Mana-mana perempuan yang memakai
bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki
ajnabi, agar mereka mencium bau
harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata
yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3.Dikahwini wanita itu kerana
empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana
agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu
beruntung.

4.Wanita apabila ia sembahyang
lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan
serta taat pada suami, maka
masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat
dari Ahmad Ibnu Hibban,
Thabarani, Anas bin Malik).

5.Perempuan yang melabuhkan
pakaian dalam keadaaanberhias bukan untuk suami nya dan
muhrimnya adalah seumpama gelap
gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6.Apabila lari seorang wanita dari
rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia
kembali dan menghulurkan tangan
kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7.Wanita yang taat pada suami, semua
burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit,
matahari dan bulan semuanya
beristigfar baginys selama ia masih taat pada suaminya dan
diredainya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya.

8.Dari Muaz bin Jabal bersabda
Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya
membakar roti untuk suaminya
hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka
diharamkan muka dan tangannya
dari bakaran api neraka

9.Tiap-tiap wanita yang menolong
suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya
dalam syurga lebih dahulu dari
suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya
di dunia maka mendapat pakaian
dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan
mengadapnya.

10.Ya Fatimah, jika seorang wanita
meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong
kumisnya dan mengerat kukunya,
memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah
baginya sakaratul maut dan akan
didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga
serta mencatatkan Allah baginya
kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian
Siratul-mustaqim.

11.Mana-mana wanita yang berkata
kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu
kebajikan pun". Maka Allah
akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa
siang hari dan beribadah pada
malam hari.

12.Apabila wanita mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya,
Allah mencatatkan baginya setiap
hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu
kejahatan.

13.Apabila wanita mulai sakit untuk
bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah (perang sabil).

14.Apabila wanita melahirkan anak
keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

Perselisihan umat akhir zaman

IKHTILAF adalah perselisihan pendapat di kalangan umat Islam yang
kejadiannya menyebabkan berlakunya pertengkaran dan permusuhan di kalangan
mereka.
Firman Allah bermaksud: "Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya dijadikan-Nya
manusia kesemuanya hanyalah satu umat (agama), namun mereka tetap akan sentiasa
berselisih. Kecualilah orang yang mendapat rahmat dari Tuhanmu." (Hud:
118-119).
Perselisihan itu meliputi permasalahan pokok dan cabangan, wajib dan sunat,
membabitkan hukum yang qat'i (tetap) dan zanni (andaian dan berubah).
Namun, ikhtilaf pada akhir zaman, era umat Islam kini, selalunya berpunca
daripada persoalan furu' (ranting) seperti perbezaan pendekatan politik
kepartian sehingga kepada persoalan pokok seperti akidah, syariat, ibadat,
jihad dan akhlak.
Maksud sabda Nabi Muhammad saw: "...dan akan lahirlah berbagai-bagai
fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang di dalam satu perkara yang
difardukan, yang mereka tidak dapat menyelesaikan perkara yang
diperselisihkan." (hadis riwayat Ad Darimi dan Ad Darugthuni).
Umat Islam terdedah kepada pelbagai jenis pengurusan seperti masa, sumber
manusia, modal, kewangan dan pemasaran.
Namun, mereka agak tertutup dan kurang mengambil hirau 'pengurusan al ikhtilaf'
di kalangan mereka, sehingga berlaku perselisihan, perbalahan, pergaduhan,
pemulauan, pelbagai pertuduhan sehingga kepada peristiwa pembunuhan.
Maksud sabda Nabi Muhammad saw : "Islam adalah yang tertinggi, dan tiada
yang lebih tinggi daripadanya." (hadis sahih riwayat al-Jamah).

Jika benarlah ulama, cendekiawan, pemimpin dan sebahagian umat
Islam ikhlas, beramanah dengan Allah dan Rasul-Nya, bertakwa dan berjiwa
'ukhwah Islamiah tulen', maka pengajaran daripada hadis itu benar-benar pula
dihayati dan menjadi amalan.
Prinsip rahmat (kasih sayang dan belas ihsan), ukhwah Islamiah (persaudaraan
dan saling memberi keuzuran dan penghormatan) dan as salam (berjiwa damai dan
baik sangka sesama Islam) penting dalam Islam.
Ini kerana Rasulullah saw pernah memberikan formula untuk ke syurga, iaitu sebarkan
salam, wujudlah kecintaan, lahirlah keimanan yang benar dan layaklah ke syurga
(mafhum daripada sebuah hadis sahih riwayat Muslim).
Hidupkan syurga dan rohnya dan buktikan ketakwaan yang sejati adalah antara
nilai Islam yang amat relevan untuk pengurusan al Ikhtilaf itu.
Rahmat, ukhwah, as salam, syura dan sebagainya akan hanya berfungsi dan
berkesan apabila diletakkan dan diuruskan di bawah naungan keberkatan al jamaah
dan ahli sunnah wal jamaah. Oleh itu jemaah Muslimin perlu dihidupkan semula
dengan cara menghidupkan dasar, prinsipnya, kaedah dan uslubnya serta
maqasidnya (tujuan dan objektif ahli sunnah wal jamaah).
Ini kerana hidup berjemaah adalah suatu paradigma yang wajib dan fardu ain.
Nabi saw berjanji melalui maksud sepotong hadis, "Pertolongan Allah
(rahmat-Nya) adalah akan disalurkan melalui jemaah; jemaah Muslimin"
(hadis sahih riwayat at Turmuzi). Jemaah yang bererti dari segi bahasanya
sebagai himpunan, maka dari segi istilah syarak bermakna himpunan manusia dalam
kebenaran walaupun ia seorang saja.
Pelaksanaan kebenaran dan nilainya seperti rahmat; ukhwah; as salam; syura;
ta'awun (muafakat); al'adalah (keadilan); baik sangka dan yakin; tawasuth
(kesederhanaan) dan alhikmah (kebijaksanaan) dapat dihidupkan menerusi konsep
dan paradigma berjemaah.
Al Ikhtilaf di kalangan sahabat besar Nabi saw seperti di antara Abu Bakar
dengan Umar, di antara Umar dengan Ali, di antara Abdullah Mas'ud dengan Umar,
di antara Ibnu 'Abbas dengan Zaid bin Tsbait; semuanya dapat diuruskan dengan
cemerlang melalui paradigma berjemaah tadi dengan segala komponennya.
Keutamaan menghidupkan semula 'platform' yang rasmi dan sahih iaitu jemaah
Muslimin adalah sewajibnya menjadi agenda utama yang mesti disegerakan.
Perselisihan sejak zaman Khulafa ur
Rasyidin, dapat diatasi melalui keberkatan ruh ahli sunnah wal jamaah sebagai
jamaah induk dan utama (sawadul 'azham).
Sebaliknya apabila sebahagian sahabat Nabi dan tabi'in keluar meninggalkan dan
berpecah menubuhkan jemaah puak dan kelompok mereka sendiri seperti: syiah,
keluar lagi menubuhkan khawarij, dan keluar lagi menubuhkan mu'tazilah, keluar
lagi membentuk qadariah dan seterusnya, maka umat Islam kian lemah dan hancur.
Al Ikhtilaf di bidang merebut jawatan khalifah dikenal pasti sebagai punca barah
utama di kalangan umat Islam.
Sumber: webmaster@islamfocus.net / oprmam@dotexpress.com Location : Kuala Lumpur, Malaysia
TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN. TiDaK DiNaMaKaN
KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN.

KENALI SENJATA WANITA


Airmata
perempuan memiliki kuasa luar biasa, digunakan untuk menagih rasa belas ihsan
sama ada ketika ditimpa kesusahan atau taktkala meminta sesuatu yang susah
didapati.

Senyuman
Dengan senyuman manis, perempuan boleh menguasai mana-mana lelaki. Senyuman seorang
isteri melembutkan hati suami yang keras atau sedang marah.

Tuturkata
Tuturkata yang manis, pandai memilih kata-kata yang manis apabila meminta sesuatu yang
dihajati. Gunakanlah ia untuk menyenangkan hati dan memberi semangat kepada
suami.

Berhias.
Wanita pandai berhias untuk menawan nafsu lelaki.
Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gila. Sekiranya
perkara sedemikian dilakukan kepada suami, tenteramlah suami ketika di rumah.
Pandai
Pandai mengambil hati untuk menarik perhatian lelaki.
Apabila si isteri lakukan kepada suaminya, pasti kasih sayang akan
sentiasa mekar.

TIPS UNTUK WANITA



10 KATA DUSTA
LELAKI KATAKAN KPD WANITA


1. Saya akan menelefon awak.
2. Aku cinta padamu.
3. Hanya kau yang satu dalam hidupku.
4. Saya terpaksa melakukan kerja-kerja pejabat sampai lewat malam.
5. Saya tidak pernah rasa begini dengan orang lain.
6. Saya tidak pernah merasa dilayani begini.
7. Awak memiliki mata yang paling cantik.
8. Tidak, saya belum belum kahwin lagi.
9. Maaf, saya tertinggal kad kredit dan dompet di rumah.
10. Tidak ada apa-apa yang berlaku, percayalah cakap saya.

Sunday, January 22, 2012

Saufiville Boutique Resort

hari ni i just nak share skitlah pasal saufiville. dimana terletak di janda baik, pahang. ape yang menarik sebenarnye di sana ek? haaa... mesti nak tau kan. cuba bayangkan sebuah banglo di atas bukit yang di kelilingi banjaran titiwangsa. kadang kala dilitupi kabus tebal sejuk nye suasana. ditambah pulak bila ber bbq di atas sana sengan cuaca sejuk.. disini share skitlah gambar2 yang lepas untuk u all..


sesiapa yang kaki karaoke boleh la test power skit dekat sini ok... xde sape pon nak kacau sebab dekat atas gunung.. heheee
ni pula gambar banglo saufiville. haa... cantik kan?
dan yang ini pula swimming pool. cuba lihat.. sapa yang tak teruja dengan pemandangan macam nie..
bergambar memang takkan puas.... lihat lah..
semestinya akan berkunjung lagi..

Persepsi kita terhadap 'andartu'.....



Dilema, persepsi negatif masyarakat terhadap anak gadis berusia (andartu)...
kerana bersendirian cuma..usahlah perlekehkan mereka disebabkan tidak
berumahtangga. Dilema, situasi asing hinggap kepada masyarakat moden..
memandang materialistik..maka kuranglah kualiti insani dalam mencari cinta sejati..



Bagaimana gadis mahu berumahtangga andainya kerenah lelaki memeningkan kepala
lantas kuranglah kualiti dalam diri mereka untuk dijadikan sandaran mencari
calun suami pilihan...Seandainya berkesudahan hidup ini keseorangan maka
didiklah diri supaya tidak melihat serta menilai sesuatu hanya dari segi luaran
kerana cinta suci tidak mengenal paras dan rupa.....



Mungkin juga ada dikalangan segelintir yang masih berpemikiran kolot serta percaya
dengan mandi bunga dan sebagainya dapat membantu... owhh no....

Seandainya itu juga tiada jodoh, hakikatnya setiap yang ada dan ujud didunia ini
pasti ada pasangannya. Cuma cepat atau lambat penerimaan itu terjadi..... jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal...

xoxo
mona
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...