Monday, January 23, 2012

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita


1.Dunia ini ialah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasanialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat
Muslim).

2.Mana-mana perempuan yang memakai
bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki
ajnabi, agar mereka mencium bau
harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata
yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3.Dikahwini wanita itu kerana
empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana
agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu
beruntung.

4.Wanita apabila ia sembahyang
lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan
serta taat pada suami, maka
masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat
dari Ahmad Ibnu Hibban,
Thabarani, Anas bin Malik).

5.Perempuan yang melabuhkan
pakaian dalam keadaaanberhias bukan untuk suami nya dan
muhrimnya adalah seumpama gelap
gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6.Apabila lari seorang wanita dari
rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia
kembali dan menghulurkan tangan
kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7.Wanita yang taat pada suami, semua
burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit,
matahari dan bulan semuanya
beristigfar baginys selama ia masih taat pada suaminya dan
diredainya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya.

8.Dari Muaz bin Jabal bersabda
Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya
membakar roti untuk suaminya
hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka
diharamkan muka dan tangannya
dari bakaran api neraka

9.Tiap-tiap wanita yang menolong
suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya
dalam syurga lebih dahulu dari
suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya
di dunia maka mendapat pakaian
dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan
mengadapnya.

10.Ya Fatimah, jika seorang wanita
meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong
kumisnya dan mengerat kukunya,
memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah
baginya sakaratul maut dan akan
didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga
serta mencatatkan Allah baginya
kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian
Siratul-mustaqim.

11.Mana-mana wanita yang berkata
kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu
kebajikan pun". Maka Allah
akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa
siang hari dan beribadah pada
malam hari.

12.Apabila wanita mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya,
Allah mencatatkan baginya setiap
hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu
kejahatan.

13.Apabila wanita mulai sakit untuk
bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah (perang sabil).

14.Apabila wanita melahirkan anak
keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...